Monthly Archives: July 2012

KELAB BESTARI BOLEH!

Kelab Bestari SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah memenangi beberapa anugerah yang disertai iaitu Johan Pertandingan Treasure Hunt & Google Fu, Naib Johan Pertandingan Adobe Photoshop dan Filem Digital Pendidikan. Antara mereka yang telah menaikkan nama sekolah ialah Derolin Muani, Fredoricca Asui, Normah Alias, Nursyafiqah dan kumpulan Felix Liuhan.

KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 2012

Image

23 Julai 2012 (Isnin) – Majlis Pelancaran dan Penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Daerah Kota Kinabalu 2012 telah diadakan di SM Teknik Likas pada 19/07/2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Suhaili Bin Haji Ahmad, Penolong Pengarah BTPN Sabah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, En. Ahmad Seh Bin Ahmad turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis. Antara program yang dijalankan sepanjang karnival ini ialah Animasi MS PowerPoint, Movie Maker, Adobe Photoshop, Treasure Hunt & Google Fu dan Pertandingan Filem Digital Pendidikan. Disamping itu, terdapat 5 buah sekolah terlibat dalam pameran yang diadakan pada sebelah pagi. Selain daripada Pengetua dan Guru Besar, semua Guru Bestari/ICT, Juru Teknik Komputer dan ahli-ahli Kelab Bestari sekolah menengah dan rendah daerah Kota Kinabalu turut dijemput hadir.

PROGRAM SEKOLAH SAYANG KAMU

Image

 

SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menjalankan program outreach ke Kampung Numbak pada 11/07/2012. Program ini merupakan antara  Program Sekolah Sayang Kamu yang telah dilancarkan di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2010. Program tersebut yang dilaksanakan di Balai Raya Kampung Sabang Baru Numbak, diketuai oleh Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Dr. Shirley Tay Siew Hong bersama 12 orang guru, wakil daripada PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan 20 orang pelajar Kelab Bestari dan ICT. Seramai 85 orang ibu bapa turut hadir, diketuai oleh pemimpin mereka iaitu Encik Mat bin Mad Halpar Ketua Kampung Sabang Baru Numbak. Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai Encik Manjah Ag. Bahar mewakili YB Datuk Hajah Jainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid turut hadir untuk memberikan sokongan kepada niat murni SMK Bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha merapatkan jurang antara sekolah dan para ibu bapa.

Selain itu, program diisi dengan sesi memperkenalkan internet sebagai jambatan perhubungan antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Para pelajar yang dibawa bersama semasa program, membantu sebagai penunjuk cara melayari laman sesawang. Segala maklumat terkini samada aktviti yang telah dijalankan atau akan dijalankan boleh diketahui melalui laman sesawang rasmi sekolah.

Program Cyber Safe

19 Jun 2012 (Selasa) – Syarikat DiGi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan juga Childline telah mengadakan program “Cyber Safe” dalam mewujudkan kesedaran yang lebih meluas mengenai penggunaan Internet secara positif di dewan SMESH Kota Kinabalu. Sebanyak 30 buah sekolah di sekitar daerah Penampang dan Kota Kinabalu dijemput hadir dalam majlis yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Yee Moh Chai, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat. SMK Bandaraya Kota Kinabalu turut hadir dengan menghantar 8 orang ahli Kelab Bestari menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program tersebut. Mereka ialah Emyllsa, Suraya, Mardiana dan Rickardo dari 5 Alamanda dan Derolin, Fredoricca, Mohd Adamsyah dan Mohd Syafiq dari 4 Alamanda.

Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2012

23 Mei 2012 (Rabu) – Majlis Awi Pengaragaan sempena Pelancaran Perayaan Hari Guru Kali Ke-41 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Hotel Sabah, Sandakan. Majlis yang diadakan ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan terhadap sesuatu pencapaian, hasilan atau jasa bakti seseorang insan yang bergelar guru. Majlis turut dihadiri oleh Y Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Dalam majlis yang berlangsung pada malam itu, SMK Bandaraya Kota Kinabalu mendapat dua pengiktirafan iaitu Anugerah Guru Inovatif kategori kumpulan yang dibarisi oleh Encik Chia Mun Meng, Encik Norallysham Stoh, Puan Janet Mak, Puan Nadia Richard dan Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Encik Seng Kok Leong. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan ini.

Kem Bina Urus Komputer

12 Mei 2012 (Selasa) – Prorgram Kem Bina urus Komputer, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama SMK Bandaraya Kota Kinabalu khasnya Unit ICT & Kelab Bestari telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Makmal komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun akhir UMS.

Majlis Ihtifal & Inovasi

24 April 2012 (Selasa) – Majlis Ihtifal dan inovasi yang menyatukan beberapa acara majlis seperti Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Majlis Penutupan Bulan Sains & Inovasi, Majlis Penutupan Bulan Vortek dan Majlis Pelancaran Buku ARC Pre U telah dilangsungkan secara meriah di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin antara jemputan khas diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pada kali ini. Ahli-ahli Kelab Bestari telah membantu menyediakan peralatan ICT, merakam video/foto, membuat dokumentasi tentang aktiviti ICT/ pembestarian sekolah semasa pameran.

Pelancaran Projek Wifi Sekolah

21 April 2012 (Sabtu) – Majlis Pelancaran “Projek Sekolah WiFi” oleh SEDCO Communication Sdn. Bhd. (SEDCOM) telah diadakan di dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. SMK Bandaraya Kota Kinabalu merupakan sekolah pertama di Sabah yang melancarkan projek WiFi sekolah. Kelab Bestari turut membantu menyediakan peralatan ICT dalam majlis tersebut.

Lawatan Ke ILP Kota Kinabalu


19 April 2012 (Khamis) – Lawatan sambil berkursus ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu banyak memberi manfaat kepada ahli Kelab Bestari dan pelajar-pelajar ICT tingkatan 4. Seramai 40 orang dan guru ICT telah mengikuti aktiviti ini sempena Bulan Teknik dan Vokasional. Lawatan ini bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu “Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Akademik” untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ICT mengenali dunia IT secara dekat. Pihak ILP telah mengadakan kursus “PC Assembling” dan “Installation” kepada pelajar-pelajar ini di Pusat Komputer ILP.

LDP – Digital Story Telling

13 April 2012 (Jumaat) – Program ini merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Vortek. Program ini dianjurkan bersama oleh Panitia ICT, Kelab Komputer dan Kelab Bestari untuk menarik minat dan mencungkil bakat pelajar terhadap penggunaan ICT dalam penghasilan bahan-bahan video/ filem pendek untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.