Daily Archives: July 27, 2012

KELAB BESTARI BOLEH!

Kelab Bestari SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah memenangi beberapa anugerah yang disertai iaitu Johan Pertandingan Treasure Hunt & Google Fu, Naib Johan Pertandingan Adobe Photoshop dan Filem Digital Pendidikan. Antara mereka yang telah menaikkan nama sekolah ialah Derolin Muani, Fredoricca Asui, Normah Alias, Nursyafiqah dan kumpulan Felix Liuhan.

Advertisements

KARNIVAL PEMBESTARIAN SEKOLAH DAERAH KOTA KINABALU 2012

Image

23 Julai 2012 (Isnin) – Majlis Pelancaran dan Penutupan Karnival Pembestarian Sekolah Daerah Kota Kinabalu 2012 telah diadakan di SM Teknik Likas pada 19/07/2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Suhaili Bin Haji Ahmad, Penolong Pengarah BTPN Sabah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, En. Ahmad Seh Bin Ahmad turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis. Antara program yang dijalankan sepanjang karnival ini ialah Animasi MS PowerPoint, Movie Maker, Adobe Photoshop, Treasure Hunt & Google Fu dan Pertandingan Filem Digital Pendidikan. Disamping itu, terdapat 5 buah sekolah terlibat dalam pameran yang diadakan pada sebelah pagi. Selain daripada Pengetua dan Guru Besar, semua Guru Bestari/ICT, Juru Teknik Komputer dan ahli-ahli Kelab Bestari sekolah menengah dan rendah daerah Kota Kinabalu turut dijemput hadir.

PROGRAM SEKOLAH SAYANG KAMU

Image

 

SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menjalankan program outreach ke Kampung Numbak pada 11/07/2012. Program ini merupakan antara  Program Sekolah Sayang Kamu yang telah dilancarkan di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 2010. Program tersebut yang dilaksanakan di Balai Raya Kampung Sabang Baru Numbak, diketuai oleh Pengetua SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Dr. Shirley Tay Siew Hong bersama 12 orang guru, wakil daripada PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan 20 orang pelajar Kelab Bestari dan ICT. Seramai 85 orang ibu bapa turut hadir, diketuai oleh pemimpin mereka iaitu Encik Mat bin Mad Halpar Ketua Kampung Sabang Baru Numbak. Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Karambunai Encik Manjah Ag. Bahar mewakili YB Datuk Hajah Jainab binti Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid turut hadir untuk memberikan sokongan kepada niat murni SMK Bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha merapatkan jurang antara sekolah dan para ibu bapa.

Selain itu, program diisi dengan sesi memperkenalkan internet sebagai jambatan perhubungan antara pihak sekolah dan para ibu bapa. Para pelajar yang dibawa bersama semasa program, membantu sebagai penunjuk cara melayari laman sesawang. Segala maklumat terkini samada aktviti yang telah dijalankan atau akan dijalankan boleh diketahui melalui laman sesawang rasmi sekolah.