Monthly Archives: April 2013

KURSUS WORDPRESS SIRI 2

11/04/2013 (Khamis) – Kursus WordPress siri 2 adalah ssmbungan kursus siri pertama yang telah dibuat pada minggu lepas untuk kumpulan pelajar yang sama. Kursus kali ini telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengedit post, membuat hyperlink, memilih themes dan header untuk paparan blog yang lebih menarik. Dipenghujung kursus ini, semua pelajar diminta mendaftarkan blog mereka serta membuat penilaian instrumen secara online di ruang blog Kelab Bestari SMKBKK. Syabas kepada kumpulan pelajar ini kerana dapat menamatkan kursus ini jayanya. OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PERJUMPAAN KALI KE-5

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA10/04/2013 (Rabu) – Perjumpaan kali ke-5 membincangkan persediaan MAPC seperti mengambil gambar penerima mengikut tingkatan, membantu pemasangan alat semasa raptai dan pada hari MAPC. Ahli-ahli kelab yang masih belum daftarkan blog mereka diminta daftar di blog bestari. Bagi mereka yang masih belum ada blog perlu segera bertindak dan boleh minta bantuan dari ahli kelab yang mahir. Ahli kelab juga diminta untuk membuat link ke blog ahli-ahli kelab yang lain untuk mengeratkan hubungan sesama ahli di samping berkongsi maklumat …

 

PUSAT AKSES BARU

Pusat Akses baru kini sudah berpindah ke tingkat 2, Blok Pentadbiran baru. Proses pemindahan dan pemasangan PC dan komponen telah dibantu oleh ahli Kelab Bestari. Semoga semua pelajar dapat memanfatkan kemudahan ini dengan baik.20130409_111540 20130409_111547 20130409_111618 20130409_111656 20130409_111717 20130409_114309

KURSUS WORDPRESS

Image

5 April 2013 (Jumaat) – Kursus WordPress untuk pelajar tingkatan 2 & 3 diadakan di Makmal Komputer. Dalam siri pertama ini seramai 25 orang pelajar  telah hadir. Kandungan kursus ialah tentang membuat pos, memasukkan gambar/video, memilih theme, header, dan hyperlink. Aktiviti ini adalah salah satu program Unit ICT sempena Bulan Vortek.

KURSUS VLE EDMODO

edmodo0114 Mac 2013 (Khamis) – Kursus VLE Edmodo anjuran bersama Unit ICT dan Unit LDP SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah diadakan pada 12 dan 14 Mac 2013 bertempat di Makmal Komputer. Seramai hampir 100 orang guru telah mengikut kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh GPB En. Seng Kok Leong. Antara kandungan kursus yang menarik ialah membina soalan online, penghantaran dan memeriksa kerja kursus online, memaparkan dan berkongsi bahan PdP yang menarik melalui hyperlink dari pelbagai sumber seperti web blog, youtube, slideshare dan sebagainya.  Para ibu bapa juga boleh menyertai laman ini dengan kod yang diberi untuk mengetahui maklumat dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Melalui penggunaan laman Edmodo ini dapat membudayakan pembestarian, memperluaskan penggunaan ICT di kalangan guru & pelajar dan seterusnya dapat mewujudkan suasana PdP yang menarik dan berkesan.