Undang-undang

  1. Pakaian Seragam 

Memakai baju T atau vest atau blazer yang menggunakan logo rasmi Kelab Bestari, logo sekolah, logo BTP dan tanda nama.

  1. Dasar Keselamatan 

Ahli Kelab Bestari mesti mematuhi peraturan penggunaan Makmal/Bilik Komputer, Pusat Akses Sekolah dan Dasar Keselamatan ICT. 

  1. Penggunaan Infrastruktur ICT 

Ahli Kelab Bestari mesti peda setiap masa mematuhi peraturan penggunaan infrastruktur ICT sekolah.

  1. Pengunaan Bilik 

Ahli Kelab Bestari  mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik Operasi/ Makmal Komputer/Pusat Akses Sekolah.

  1. Peraturan Sekolah

Ahli Kelab Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah. 

  1. Tugas dan Tanggungjawab

6.1 Ahli Kelab Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alas an yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.
6.2 Ahli Kelab Bestari boleh di panggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan.
6.3 Setiap ahli Kelab Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka.

7.    Keselamatan

7.1 Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/Makmal Komputer/Pusat Akses Sekolah.
7.2  Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan dan pemulangan kunci.

  1. Penyalahgunaan/Kerosakan

8.1 Sebarang Penyalahgunaan atau kerosakan peralatan ICT  hendaklah direkod dan di laporkan kepada Guru Penyelaras Bestari.
8.2 Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT  hanya boleh dilakukan oleh penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Bestari.

  1. Kewangan 

9.1 Wang Kelab Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat atau Guru Penyelaras Bestari.
9.2 Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut budi bicara Guru Penyelaras Bestari
9.3 Penyalahgunaan wang akan di kenakan tindaklan mengikut peraturan sekolah.
9.4 Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini,dibentang dan disahkan dalam mesyuarat.
9.5 Sekiranya Kelab Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan yang diberikan itu berbentuk peralatan atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah (DHM).

  1. Peraturan-peraturan Lain

10.1 Segala peraturan Kelab Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Kelab Bestari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: